tomorrow

السلام عليكم | seeking for His nour | change to be better caliph | uzma abdullah | Malaysia

Sungguh iman ini masih tidak utuh.
Sering kali tewas dengan dunia.

Allah.

Ku cuba untuk hampir dengan-Mu.
Ku cuba untuk berdamping dengan-Mu.
Ku cuba untuk setia mencintai-Mu.

Setiap cubaan itu pasti ada dugaan.
Kuatkan aku untuk menempuh dugaan yang menguji naluri.

"moga tak diuji dengan cinta duniawi…"

Rata-ratanya mereka di Tumblr…
Ada ciri yang sama. Mereka pemendam rasa.

Meraka berkongsi perasaan sesama mereka, melalui gambar dan kata-kata.

Hanya mereka sahaja yang memahami antara mereka.

bawahlangit:

theameerah:

I always liked him as an actor, but now I like him even more, not only as an actor, but also as a person who is not afraid to speak the truth. Bravo Ben Affleck!

This! Finally. 

(Source: steven-gerrard)

Nak berumah tangga,
dah sediakah segalanya?

Kalau setakat nak berumah dan bertangga ja,
tanggung jawab pun tak reti nak pikul.
Layakkah?

Lelaki sama, perempuan pun sama.
Kenal erti tanggung jawab dulu.
Baru boleh rancang nak berumah dan bertangga.

Ada faham itu?
Wahai hati.

Cinta itu indah jika bersama dengan yang halal.

InsyaAllah,
akan ku cuba untuk menjaga hati ini daripada cinta yang tidak halal.

Bila hati kau dah mula bosan dengan nasihat,
itu tandanya hati kau tengah sakit.
Ubati-lah hatimu dengan ayat-ayat Nya.
Kerana salah satu dari ubat hati itu adalah,
baca ayat-ayat Nya serta fahami maksudnya.

—minda kecil

Dugaan dunia itu kuat ya Allah.
Tapi hati kecil tetap bersuara menyedarkan aku.
Bahawa ada yang lebih kuat dari dugaan tersebut.

Cinta Mu ya Rabb.
Cinta Mu lebih kuat dari segalanya.

Kuatkan aku dengan cinta Mu.
Kuatkan aku untuk tempuh dugaan duniawi.
Kuatkan aku untuk terus tetap ada di jalan yang Engkau redhai.
Kuatkan iman aku untuk terus setia kepada Mu.

Allah Allah Allah.

Tiada yang lain selain Mu.
Hanya Kau yang satu.
Untuk semalam, hari ini, esok dan selamanya.

Takkan berpaling dari Mu..

Dia punya seribu satu alasan kenapa.
Hanya dia yang tahu kenapa.
Cuma dia yang tahu sebabnya.

Kenapa dia berbuat demikian.
Kenapa dia lakukan perkara yang sedemikian.
Kenapa dia sanggup untuk lakukan perkara tersebut.

Ya.
Aku tak punya jawapan untuk itu.
Hanya dia.

Mungkin dia sedang menunggu masa yang sesuai.
Memandangkan keutamaan kami ketika ini adalah belajar.
Mungkin kerana itu dia mengambil masa.

Apa pun rancangan kami,
Allah lebih tahu.
Baik atau buruk rancangan kami,
Allah lebih tahu.

Yang aku pohon,
Moga Dia restui apa yang kami rancang.

InsyaAllah :)